Kerana semasa Mad dipangku rendah, kurang mengambil berat tentang sekolah, sehingga lah Mad menyesal dan terasa terhina dengan keputusan UPSR nya yg lalu... Mad telah berazam untuk menebus kembali maruah diri serta keluarga atas kegagalan dia semasa di sekolah rendah... Mad berjanji pada mak dan ayah nya untuk berusaha bersungguh2 mengejar dan membanggakan mak ayah nya... Mad berusaha dan terus berusaha tanpa memikirkan lapar dan lelah... Keluarganya berserdahana sahaja, Sulih berkerja sebagai petani, ibunya hanya suri rumah yang tak larat untuk melakukan pekerjaan yang berat akibat sakit yang beliau alami.. Mad bejaya dalam PMR juga SPM... Kemudian dia mendapat tawaran sambung belajar ke luar negara, tetapi tawaran itu tidak dipersetujui oleh ibu bapa nya... Sarimah dan Sulih menghalang Mad untuk menerima tawaran itu dengan tegas walaupun Mad merayu untuk ke luar negara.. Mereka menghalang Mad bukan karna hal kewangan tetapi hal rindu hati mereka..
Sebelum mereka memberi surat tawaran itu kepada Mad, mereka sudah berfikir dahulu senyap2 dibelakang anaknya.. Mereka enggan merestui niat Mad untuk ke luar negara, kerana cuma Mad sahaja peneman siang dan malam mereka.. Mereka tiada siapa2 lagi cahaya mata selain Mad seorang,.. Mereka takut akan peninggalan Mad ke luar negara akan merubah hidup mereka yang sekarang penuh ceria bertukar menjadi sunyi sepi selepas kepergian Mad. Mad seorang budak yang patuh, dia akur dengan kehendak ibu bapanya... Kemudian dia memohon ke IPTA di semenanjung sahaja... Mad mendapat khusus arkitek di IPTA nya.. Kerana itulah cita2 nya sejak azali.. Dia pernah bermimpi untuk menjadikan rumah nya di kampung yang sekarang hanya kayu dan batu menjadi banglo 3 tingkat... Mad tersenyum lebar bangga dan bersyukur dengan khusus yang di tawar oleh IPTA tersebut... Serupa juga, Mad bertungkus lumus dalam pelajaran untuk mncapai cita2 nya itu... Selepas 4 tahun pengajiannya, dia dianugerah sebagai dekan pelajar terbaik di IPTA nya itu.. Semasa majlis konvokesyen nya Sarimah dan Sulih memeluk anaknya dengan begitu erat, dengan begitu bangga... Mereka menangis kegembiraan, Mad melutut di hadapan orang tuanya memohon kesyukuran atas jasa mak ayahnya selama ini...
Tidak sampai setahun Mad menganggur di kampung tanpa pekerjaan, dia ditawarkan pekerjaan di syarikat swasta di bandar raya.. Tawaran pekerjaan ini amat direstui sarimah dan sulih, tawaran itu sepenuhnya atas keputusan Mad. Kerana mereka tahu Mad sudah dewasa dan matang juga dapat berfikir apa yang baik juga yang tidak baik untuk dirinya.. Setahun berlalu, Mad berubah. Setahun lamanya beliau tidak pulang ke kampung.. Surat yang diutus oleh Sarimah juga tidak di balas lagi oleh Mad. Mad menghilang ke dalam bayang2 nya.. Sulih pula jatuh sakit akibat terlalu risaukan anaknya, Sulih sering bertanya kepada Sarimah akan Mad. Berulang ulang kali dia bertanya kepulangan mad kepada Sarimah.. Sehingga sarimah juga berasa sedih melihat keadaan suaminya. Sulih yang sedang tenat masih lagi memanggil manggil nama anaknya, dengan niat agar Mad dapat mendengar jeritan panggilan hatinya itu.. Sulih meninggal dunia di malam yg penuh syahdu, juga di kebumikan di hari yang penuh rahmat di hari jumaat.. Kini sarimah menjadi ibu tunggal, dia tinggal di rumah sebatang kara... Keluarga Sulih memulaukan sarimah juga seluarganya sndiri... Tiada seorang pon daripada keluarga sarimah membantunya ketika itu. Sarimah termenung menangis mengenang kan hero2 keluarganya, Sulih dan anaknya Mad..
3 tahun sudah berlalu, Sarimah nekad untuk naik ke bandaraya untuk mencari mad. Sarimah menaiki bas, buat kali pertamanya dalam hidup nya. Dengan keadaan sarimah yang bongkong dan lemah itu, dia sanggup mengejar mencari anaknya demi kerinduaan nya.. Sarimah enggan mati seperti suami nya yang mati akibat rindu yang teramat sangat... Sarimah diragut.. Sesampainya sarimah di stesen bas bandaray itu, bungkusan baju sarimah juga beg tangan nya diragut oleh insan yang keji dimata semua mahluk.. Yang amat menyedihkan, selepas sarimah diragut, tiada satu orang pon yang datang menbantunya.. Malah mereka melihat dan merenung sarimah dengan penuh keji..
Sarimah menangis merayu meminta bantuan atas kehilangan barangnya tetapi tidak dilayan oleh semua, malah mereka menghulurkan seringgit dua kepada sarimah.. Ada yang mencemuh sarimah sebagai pengemis tak tahu malu... Menitis air mata sarimah, begitu besar dugaan ilahi kepada nya.. Berbekal kan rm50 yang disimpan nya dicelah lipatan kain nya, sarimah meneruskan perjalanan ke alamat pejabat anaknya. Sarimah masih menyimpan surat tawaran pekerjaan yang diterima oleh Mad pada suatu ketika dulu.. Surat itu saja lah pelepas rindu dia ketika dia kesunyian dirumah selepas kepergian suaminya, Sulih.. Sesampainya sarimah di pejabat anak nya, mereka memberitahu bahawa Mad sudah dinaikkan pangkat setahun dahulu, dan dipindahkan ke cawangan yang lain. Sarimah bertungkus lumus untuk meminta alamat cawangan Mad itu kepada syarikat itu... Tetapi didesak oleh pihak tersebut kerana mereka dilarang membuka maklumat peribadi Mad kepada orang luar.. Sarimah menangis merayu, juga mengaku bahawa dia adalah ibu nya... Namun pengakuan itu tidak diendahkan.. Malah pihak tersebut mengatakan itu semua tipu muslihat sarimah, kerana bagi mereka Mad adalah anak yatim piatu..
Setahun selepas semasa Mad bekerja disitu, Mad menyatakan status nya sebagai anak yatim.. Dia berkata ibu bapanya telah meninggal akibat kemalangan... Sejam sudah berlalu, sarimah sudah kehabisan air mata untuk pertahankan dirinya untuk membuktikan bahawa dia adalah ibu kandung Mad.. Sarimah dihalu keluar oleh pengawal.. Sarimah ditolak dengan keras oleh pengawal, dan diberi amaran supaya tidak datang ke situ lagi.. Sarimah terkontang kanting di bandaray, duit nya yang dulu rm50 kini hanya tinggal rm5 sahaja... Sarimah buntu, sarimah mati akal.. Dia hanya boleh berdoa ke hadrat ilahi.. Sarimah cuba meminta pertolongan kepada orang awam tetapi tak diendahkan... Sarimah meminta bantuan kewangan untuk dia pulang semula ke kampung halaman..
Hari demi hari, sarimah seakan menjadi peminta sedekah... Badan nya membusuk, dirinya bongkok dan rambut nya yang serabai.. Dipandang hina terus oleh masyarakat... Hidup sarimah seperti sampah di bandaraya... Memakan sisa2 mkanan yang dibuang oleh orang sekeliling.. Sarimah berkata sendiri
" inikah balasan kau pada aku, anakku?, apakah semua yang kau usahakan selama ini hanyalah untuk kepentingan diri kau sahaja wahai anakku? Apa kurangkah belaian kami sejak kau kecil sehingga dewasa wahai anakku? Apa bodoh kah kami memanjakan kamu sejak kecil wahai anakku? Kenapa kau buat begini? Apa salah kami? Apa dosa kami? Sanggup kau membuang kami ya anakku? Aku mnjaga kau, aku menyusukan kau, aku meyuapkan kau, aku memandikan kau, aku menidurkan kau, aku beri segala2nya kepada kau... Aku tiada anak lagi selain kau ya anakku Mad.. Kenapa? Kenapa kau lakukan ini semua pada kami? Kenapa?"
Sarimah meninggal dunia di dalam tangisan nya sendiri.. Tubuhnya mereput di lorong bandaraya,,, tiada yang dapat mengesan mayat nya.. Hanya anjing liar sahaja yang dapat mengesannya, tubuh nya dicarik2 oleh binatang2 itu... Sungguh dasyat nya hidup dan mati sarimah..
~ INIKAH SEORANG ANAK INGIN KAN? MELIHAT IBU AYAHNYA SEPERTI INI?
INIKAH YANG ANDA MAHU? JAWAB LAH INSAN, JAWAB... ~

